Sertai Terapi Haiyyah

Bil Arabiah Muslimah

Jom! Berbual Bahasa Arab Santai

Program khas untuk wanita Muslimah!

Meet the Founder

Ustaz Zulkiflee Bin Bachik

Ustaz Zulkiflee Bin Bachik, Founder and Director of Attartil, is highly respected among his students and peers for his humility and commitment to teaching. Known for staying out of the limelight and focusing on his students, he has built a reputation for excellence and sincerity. Even with minimal social media presence, his students, partners, and regional institutions speak highly of his quality teaching and gentle, approachable manner.

Ustaz Zulkiflee holds a prestigious Quran recitation certification with sanad & tajweed from Ma’had IQRA Egypt, awarded by his esteemed teachers. He has also excelled in the Imam Course by MUIS and achieved top marks in his Tahfizul Quran studies. Through Attartil, Ustaz Zulkiflee aims to make Quranic literacy accessible to all, guiding learners to understand and connect deeply with the Quran.

Apa yang akan anda pelajari?

Kelas ini direka khusus untuk Muslimah yang nak mula bercakap Bahasa Arab dengan yakin — tanpa stres, tanpa tekanan.

Antara topik yang akan dipelajari dalam suasana yang santai dan mudah difahami:

  • Ucapan & Pengenalan Diri

Belajar cara memberi salam, tanya khabar, dan perkenalkan diri dalam Bahasa Arab.

  • Keluarga

Bercakap tentang ahli keluarga, status perkahwinan dan pertanyaan asas.

  • Tempat Tinggal

Tanya dan jawab tentang lokasi, tempat tinggal, dan asal usul.

  • Rutin Harian

Bagaimana nak cerita aktiviti harian seperti bekerja, belajar, atau bersiar-siar.

  • Nombor & Hari

Kenali nombor, hari dalam seminggu, dan cara menggunakannya dalam perbualan.

Kelebihan Menguasai Bahasa Arab

Menguasai Bahasa Arab bukan sekadar menambah bahasa kedua, ia adalah kunci untuk memahami kalam Allah secara langsung. Antara kelebihannya:

✅ Faham Al-Quran terus dari sumbernya

  • Bayangkan bila ayat-ayat yang dibaca dalam solat mula ‘bercakap’ kepada hati anda.

✅ Doa dan zikir jadi lebih bermakna

  • Anda bukan hanya hafal, tapi benar-benar faham maksudnya.

✅ Kaya dengan makna & akar perkataan

  • Satu perkataan Arab boleh membuka pelbagai konteks — semakin kita faham, semakin luas pandangan kita.

✅ Lebih yakin guna Bahasa Arab dalam kehidupan

  • Bukan untuk jadi fasih semata-mata, tapi supaya boleh berinteraksi dan merasai keindahan bahasa Islam ini.

Soalan Lazim (FAQ) Untuk Beginner

Saya langsung tak tahu Bahasa Arab. Boleh ke join?

Boleh sangat! Kelas ini memang direka khas untuk beginner — ayat mudah, suasana santai, dan fokus pada percakapan asas.

Perlu bawa buku atau bahan sendiri?

Tidak perlu. Semua bahan akan disediakan oleh pihak kami. Bawa diri dan semangat je!

Adakah kelas ini untuk semua peringkat umur?

Ya, selagi anda seorang Muslimah yang mahu belajar Bahasa Arab dengan niat yang ikhlas, pintu kami terbuka.

Adakah kelas ini online atau fizikal?

Kelas ini dijalankan secara bersemuka (fizikal) di Wis@Changi, setiap Jumaat, 10am.

Ada exam tak?

Tak ada. Ini bukan kelas peperiksaan. Kami fokus kepada kefahaman dan penghayatan dalam penggunaan seharian.

AtTartil Quranic Institute

AtTartil Quranic Institute merupakan institusi pengajian Al-Quran moden yang komited membentuk generasi celik Quran — bukan sekadar dari hafazan, tetapi juga dari kefahaman.

Dengan menguasai Bahasa Arab:

🔸 Anda lebih mudah mengikuti program lain di AtTartil, seperti tadabbur, pengajian ayat, dan kelas tafsir.

🔸 Pelajar kami yang memahami asas Arab lebih cepat berkembang, kerana mereka tak hanya bergantung pada terjemahan.

🔸 Setiap perkataan dalam Al-Quran terasa lebih hidup, dan ini menjadikan perjalanan Quran anda jauh lebih mendalam dan berkesan.

Belajar Bahasa Arab di AtTartil bukan semata-mata akademik — ia adalah sebahagian dari usaha membina hubungan peribadi dengan Al-Quran.

Misi kami jelas

Melatih pembaca biasa menjadi pengajar Al-Quran.

Kami mahu bukan sahaja membantu mereka faham,

tetapi juga menyebarkan ilmu itu ke generasi seterusnya.

Inilah jalan dakwah kami

membina hati, membuka kefahaman, dan meneruskan legasi ilmu Al-Quran.